Friday, April 17, 2009

Pengaman dicium Sang Kapak - Part 6

10 Mac 2009, Selasa – Berjumpa Dr Norizah.

Pagi tu aku pergi lagi ke klinik berjumpa dgn Dr. Norizah. Mcm Dr. Azmi, Dr. Norizah juga lebih berdiplomasi kalau nak dibandingkan dgn doktor hospital, lebih meyakinkan dan memberi harapan bukannya membunuh harapan. Katanya, kita berusaha, insyallah sembuh.

Dr. Norizah buat small operation buang isi2 yg dah mati, yg kaler hitam2 dlm gambar sebelum ni, supaya isi baru boleh tumbuh. Sekeliling jari aku dibius, proses bius ni juga dah cukup memedihkan. Lepas bius boleh nampak kesan2 cucuk di sekeliling pangkal jari aku. Dr. Norizah siap pesan, kalau berani tgk boleh tengok, kalau tak berani paling muka ke lain. Spjg proses doktor buang isi2 mati tu, tak sekali pun aku palingkan muka. Apa yg aku lihat agak ngeri, jari aku mcm kena siang je. Habis semua bahagian yg hitam2 dibuang sehingga hujung jari aku jd nipis aje. Sehingga selesai jari aku di cuci dan di balut aku setia melihat semua proses tu.

Lepas disiang oleh doktor, inilah rupanya. Hujung jari masih kelihatan ada sikit2 bahagian hitam, dah tak boleh nak dibuang dah.

Aku dibekalkan dgn pil2 ubat (pil baik luka, utk tumbuh kulit, utk lancarkan darah, antibiotik dan ubat thn sakit), susu protein utk bantu pertumbuhan isi dan gel protein (utk tumbuhkan isi) utk di sapu pada luka setiap kali lepas cuci. Kalau di hospital, selain antibiotik, takde langsung medication yg lain, tak habis2 nak potong aje.

Dan seterusnya, setiap hari aku berulang alik ke klinik utk cuci luka selain doktor boleh pantau perkembangan jari aku. Bersambung MC la aku tiap2 minggu. Sekarang dah sebulan aku mendapatkan rawatan di Poliklinik Hidayah. Alhamdulillah, kebanyakkan bahagian luka yg terdedah dah ditutupi dgn isi baru dan ada yg dah bercantum serta ditumbuhi kulit baru. Walau bagaimanapun masih ada lubang yg agak besar menampakkan tulang aku. Harap cepat sembuh.


Bernananah pula.

Ujian Allah panjang lagi utk aku rupanya. Hari Selasa lepas, 14 April, luka aku bernanah pula walau aku dah cukup2 jaga pemakanan aku. Dr Norizah bekalkan aku dgn antibiotik utk lawan jangkitan.

Hari ni, 16 April, masa cuci, apa yg aku lihat agak menghampakan. Isi yg baru tumbuh dah rebak kembali dan lubang kembali besar dimakan nanah. Allahu akbar. Nak tak nak, terpaksalah redha. Yang paling ditakuti, sekiranya tulang menjadi hitam, kalau ini berlaku, mmg jari aku tak dpt nak diselamatkan. Ya Allah, kasihanilah aku, sembuhkanlah jari aku. Mohon dijauhkanlah dari sesuatu yg lebih teruk.

4 komen:

Adilah said...

alahai..cian nyer sis...kia doa kan jari sis selamat...

Ahmad Kopitiam & Katering said...

salam....kesiannya awak. Macam mana tangan sekarang? Saya ada pakai satu produk ni. Alhamdulilah byak membantu. If awak nak cuba, ym saya sayang_desa@yahoo.com

husz_nie said...

Kia..
thanks .. :)

Edliana..
tx.. skarang alhamdulillah, ada good progress.. saya skang amalkan gamat aje.. selain dr ubat yg doktor bekalkan

Ahmad Kopitiam & Katering said...

Alhamdullilah.. gamat pun ok.
Tapi kalo nk view pasal produk tue. Husz_nie lawat la blog sd www.sayangdesa.blogspot.com dan cari produk nama nigellan. sd pun amalkan produk ini. Insyaalah

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons