Monday, April 06, 2009

Pengalaman dicium Sang Kapak - part 1

Pengalaman ini harapnya biarlah sekali seumur hidup. Tidak ingin aku mengalaminya lagi dan tidak harap mana2 ahli keluarga aku mahupun sahabat taulan mengalaminya. Walau mcm mana pun aku redha dgn ketentuan Allah. Apapun yg berlaku pasti ada hikmah (bukan hikmah anak pakcik Kamaruddin) di sebaliknya. So, inilah cerita aku, Nk ringkas lagi dah takle.. tak rajin baca toksah baca.. kekeke.



22 Februari 2009, AHAD.

Eh… gigi aku gugur?? Habis satu persatu gigi aku gugur? Kenapa?? Kenapa?? Tak mahu la gugur. Tak nak la pakai gigi palsu. Eh.. aku mimpi je ni.. mesti ni.. kalau tak takkan gigi aku gugur senang2 je? Pergh, dlm bermimpin tu sempat lg sedar diri tu bermimpi.

Satu tendangan dari Haikal, aku pun terjaga. Huh.. buas tul budak Haikal ni tidur. Apalah maksud mimpi ni?? Ah.. pedulilah, mimpi tu kan ke mainan tidur. Aku pun sambung balik tidur.


Pagi tu, aku ikut Yong ke kebun. Nak keluarkan peluh konon. Di kebun, tengah syok aku hayun parang menebas, terasa jari aku pedih digigit, scr spontan aku kibas tgn aku dan tupp.. aku nampak kepala berbentuk seakan tiga segi, putih je bhgn perut dia jatuh ke tanah. Automatik je otak aku terima isyarat yg itu adalah ular dan jari telunjuk kiri aku dah dipagut ular.

Apalagi, menjerit la aku, “Ular!!! Yong .. ular!!!!”. Aku dah mula rasa cemas, panik. Dalam hati “abislah, nak mati ke aku ni.. kena pagut ular ni”. Chor sempat lagi belek ular tu sebelum menamatkan riwayat si ular tu. Cerita lanjut part ni leh baca kat entry citer Yong tu. Tangan aku dah mula rasa panas, kebas-kebas, rasa pedih menjalar dan membahang terasa di tapak tangan. Memang berpeluh-peluh aku dibuatnya. Dalam sekelip mata je dah terasa pening, rasa mcm nak muntah, nak pengsan pun ada, tp aku tahan tak mau pengsan. Kalau pengsan kang Chor ngn Yong tak larat nak angkat aku gi klinik. Dgn kepala2 ular tu skali kitorang usung ke klinik sbb tak kenal tu ular apa. Sampai di Klinik Kesihatan Karangan, diorang suntik ubat, tak pasti lak aku vaksin aku antibiotik. Cucuk drip dan sebotol air dimasukkan. Diorang kompemkan yg itu ular kapak dan memang berbisa. Dari situ aku dibawa ke Hospital Kulim. Kat spital lak, satu suntikan lagi aku dpt. Sebotol lagi air dimasukkan. Pastu depa tolak aku ke wad.

Bhgn ruas tgh tu lah yg menerima ciuman sang ular tu.

Kesakitan dah mula terasa menjalar ke lengan, tgn mula membengkak dan membiru dr tapak tgn hingga ke lengan. Terasa pedih, panas berbahang. Peritnya tak tahu mcm mana nak citer sampai aku boleh ckp kat Yong, rasa macam nak potong je tgn tu (rasa je.. bkn nak ptg sungguh2.. gile wei.. tak mo aku hilang tgn..huhu.. otak tgh separuh waras masa ni wei..), biar hilang sakit tu. Sambil menunggu aku, Yong bersembang ngn makcik sebelah tu. Selamba je makcik tu ckp, “ha.. si polan tu (sedara dia ke apa ke) kena gigit ular kapak juga.. kat kaki... teruk sampai kena potong kaki dia”. Pergh, citer makcik tu buat aku makin pucat dan kecut perut.

Bengkak tu... nurse siap tanda A, B, C nak check makin bengkak ke makin surut ke.

Bila Abah sampai dgn Umi & Zainal, abah ckp jgn risau, abah dah doa tarik bisa. Insyallah hilang le bisa ular tu. Masa tu, dekat jari telunjuk tu mula muncul gelembung2 air bisa warna biru. Mula2 kecil, pastu makin besar, makin besar, membentuk macam cincin besar dekat bahagian yg kena patuk tu. Seolah-olahnya semua bisa ular tu, turun berkumpul dekat jari tu.

Petang tu, kesakitan dah menjalar hingga bahu. Datang sorang doktor perempuan, belek2, dia toreh kulit jari aku bagi keluar gelembung air bisa tu. Elok je dia toreh dan air bisa tu keluar, terasa mcm zusss... mmg terasa kesakitan yg menjalar sampai ke bahu tu, seolah2 menjalar turun balik ke bawah mcm mana mengalirnya air bisa tu keluar. Waktu ni, aku mula terasa lega sedikit sbb rasa sakit, perit, pedih, panas membahang tu berkurangan.

Masa Umi, Abah, Zainal, Yong, Chor, datang petang tu, aku dah boleh mula senyum. Aida (ex-classmate aku kat SMKMS) ngn Uncle Razif serta Kak Shidah pun dtg melawat.

Ni gambar lepas kulit aku kena toreh utk kuarkan air bisa tu. Menitik2 darah.


Perhatikan tgn aku masih bengkak, luka aku tak dibalut dan dicuci masa ni, nurse Cuma beri kain kasa utk aku lap darah sbb darah asik menitik.


Sibuk je Uncle ngn Zainal nak amik gambar org sakit. Klik sana, klik sini dgn hp diorang. Uncle ckp, “ko sakit2 pun leh loyar buruk ngn uncle lagi ek”.. :p.


Malam tu, lebih kurang time maghrib, datang pulak sorang doktor India, belek2 jari aku. Tanpa amaran, zappp… ditorehnya lagi jari aku. Isi jari pula yg ditoreh kali ni. Dalam dan panjang lak torehan dia. Ubat bius pun dia tak pakai. Pergh.. mengelejat-gelejat le aku menahan kesakitan. Baru nak rasa lega pedih bisa berkurangan, dah dtg pedih lain pulak, Allah je la yg tahu mcm mana sakitnya.

Dua kali jari aku kena toreh... huhu.. luka kena toreh yg jd lg teruk dr lubang kecil kena pagut ular.


Lepas tu baru jari aku dicuci, dan dibalut. Kemudian dipasang pula satu besi dan digantung tgn aku. Dah macam rupa org patah tgn. Katanya utk hilangkan bengkak. Jari aku berdenyut spjg malam. Nak lelap pun payah. Berselawat ajalah aku spjg masa nak lawan kesakitan sehinggalah aku terlena entah pukul berapa tah.

Dah mcam org patah tgn da.....

2 komen:

Adilah said...

ishh..menyeramkan nyer kia tengok jari sis yang kene potong kali ke2 tu...mesti nampak daging isi kat dalam erk...nampak x sampai tulang jari??

Pusat Informasi Dunia said...

Halo selamat sore.. :)
Salam kenal all. oh iya, Jika anda membutuhkan segala informasi mengenai sekolah di luar negeri ( SD,SMP,SMA, S1,S2,S3, PILOT, GOLF, DJ, PHOTOGRAPHY, CAFE SERVICE, JOURNALISM, OUTDOOR ADVENTURE, HAIRDRESSING ) Di seluruh Negara, Anda dapat menanyakannya langsung ke sini ya:

Web : www.overseaszone.com
Facebook : overseaszone
Twitter : @overseaszone

Reach your dream with us!

Post a Comment

Pembaca celoteh ini...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons