
Semalam aku telah membunuh. Membunuh seekor makhluk yg menceroboh ke kediaman aku. Peristiwa itu berlaku seusai aku sembahyang maghrib. Seperti biasa aku akan turun ke bawah utk menjamu selera aku. Nasi yg ku beli ku keluarkan dr plastik dan ku hidangkan di atas meja. Belum sempat aku menjamah makananku, aku ternampak dia, ya, dia... memasuki rumah ku dan berlegar-legaran di ruang tamuku. Tidak, aku tidak akan biarkan dia beraja di sini. Ini rumahku, tempatku, bukan miliknya. Aku mahu dia berambus dr rumahku.Aku pun bingkas bangun, mencapai setin aerosol (eh.. bukan bunuh nyamuk ek.. stakat nyamuk ape nak kecoh). Lantas aku semburkan kepadanya. Dia pantas berlari menjauhi aku dan menyorok di sebalik kotak2 barang ku. Aku pun mengejarnya dan...